侨民简史 SEJARAH SEKOLAH
侨民简史Sejarah SJK (C) Kheow Bin, Batu Caves






Sekolah ini ditubuhkan pada tahun
1935 dengan nama Kheow Bin Chinese School. Semasa awal pembukaan sekolah,
terdapat kira-kira 30 orang murid dengan kemudahan 2 buah bilik darjah sahaja.
Tahun 1, 2 dan 3 digabungkan dalam satu kelas, manakala tahun 4, 5 dan 6
digabungkan dalam satu kelas lagi. Pada tahun 1950, satu mesyuarat telah
diadakan untuk memperbesarkan bangunan sekolah. Pada tahun 1951, sebuah blok
baru telah di bina yang terdiri daripada 5 buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Semua murid telah dipindahkan ke blok
bangunan yang baru. Pada tahun 1957,
sebuah asrama guru telah di bina. Pada tahun 1958, nama sekolah iaitu Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kheow Bin telah ditukar kepada Sekolah Jenis
Kebangsaan Kheow Bin. Pada tahun 1968, sekolah ini
mempunyai bilangan murid seramai lebih 300 orang. Ekoran pertambahan murid,
pihak sekolah telah memohon bantuan keewanagan daripada kerajaan sebanyak
RM9000 untuk membina bangunan tambahan. Pada tahun 1972, sekolah ini mempunyai
lebih 400 orang murid, 14 orang guru dan kemudahan kelas sebanyak 12 buah
kelas. Pada tahun 1979, air paip
dibekalkan ke sekolah. Tahun 1980,
gelanggang bola keranjang dan aktiviti permainan lain telah di bina. Pada tahun 1985, sekolah ini telah berubah
daripada gred C kepada gred B. waktu persekolahan mula dipecahkan kepada dua
sesi: iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Pada mas itu, terdapat 21 orang guru, seorang kerani, seorang pembantu
pejabat dan seorang tukang kebun. Pada tahun1990, sebuah lagi blok
bangunan baru telah dibina dan lagu sekolah telah dicipta. Dari semasa ke semasa, bilangan murid semakin
bertambah. Sehinggalah pada tahun 1995, terdapat lebih kurang 1602 orang murid,
37 buah kelas dan 61 orang guru. Oleh kerana bilangan murid yang terlampau
ramai, sebahagian murid telah dipindahkan ke sekolah berhampiran yang lain.
Tahun 2000, blok ke 2 di bina. Pada tahu 2001, majlis perasmian blok bangunan
baru telah diadakan. Pada masa itu terdapat 1870 orang murid, 45 buah kelas dan
78 orang guru. Pada tahun 2004, SJKC Kheow Bin telah mendapat pencapaian yang
bagus dalam peperiksaan UPSR daerah Gombak. Tahun 2007, terdapat seramai 2333 orang murid,
60 buah kelas: 40 sesi pagi dan 20 sesi petang dengan bilangan guru seramai 101
orang. Sehingga sekarang, SJKC Kheow Bin mempunyai 2099 orang murid 106 orang
guru dan 39 buah bilik darjah. Sehingga tahun 2013 terdapat 24 orang guru besar
telah berkhidmat dan mentadbir sekolah ini.